Mengapa kita harus berdoa?

Tuhan mahu kita memberikan komitmen sepenuhnya kepada  apa yang Dia mahu. Maksudnya Dia mahu kita meluahkan isi hati kita kepadaNya melalui hubungan peribadi dengan-Nya selalu. Kita tidak dilarang untuk belajar tentang segala sesuatu tetapi apakah kita seimbang dalam hal-hal seperti itu? Belajar teology lebih banyak daripada berdoa atau berdoa lebih banyak daripada belajar teology? Belajar teology itu baik tapi jika kita belajar dan menyelidiki segala sesuatu hanya untuk belajar semata-mata, tapi jika kita tiada hubungan peribadi dengan Tuhan, tidak merasakan dan mengalami pertolongan daripada Tuhan sendiri, bagaimana kita dapat  menceritakan betapa Tuhan itu baik hanya melalui teologi yang kita tahu?

Hubungan peribadi itu sangat penting kerana ia bersangkut paut dengan firman Tuhan “Kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap jiwamu, dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu“… kita akan mengenal Tuhan melalui hubungan peribadi dengan Tuhan iaitu melalui doa. Doa ialah satu komunikasi dengan Tuhan. Jika kita belajar firman Tuhan, kita sedang membaca surat cinta-Nya dan bagaimana kita harus menangapi firman Tuhan itu? Ialah melalui satu cara iaitu berdoa dan mengenal Dia melalui hubungan peribadi denganNya. Dan yang memampukan kita melakukan semua hal-hal itu ialah Roh Kudus. Tanpa Roh Kudus, kita tiada kekuatan secara rohani , fizikal dan mental untuk memuliakan Tuhan.

Roh Kudus bukan sekadar membantu, malahan Dia membantu kita untuk lebih mendekati Tuhan Yesus. Roh Kudus dan Tuhan Yesus, berjalan bersama. Tiada satupun daripada mereka akan terpisah kerana keduanya saling bekerjasama melaksanakan kehendak Allah didalam diri manusia.