Penyelamatan

image_pdfimage_print

AlkitabSiapakah Yesus? Jika kita mempunyai kemuskilan didalam hidup ini atau apapun yang kita hadapi, Yesus yang adalah Tuhan mampu melakukan segala sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.

Orang kata, Yesus hanya hidup 2000 tahun yang lalu. Bagaimana mungkin Dia masih hidup sehingga sekarang? Terdapat ribuan orang di luar sana yang telah dibantu oleh Tuhan Yesus. Mereka semua bersaksi mengenai kesembuhan dan kelepasan yang telah dilakukanNya.

Ibrani 13:8 Yesus Kristus tetap sama, baik kelmarin mahupun hari ini dan sampai selama-lamanya.

Alkitab juga mencatatkan tentang mukjizat yang dilakukan oleh Tuhan Yesus kepada orang buta sehingga mereka melihat. Dia membuat orang lumpuh berjalan, orang bisu berkata-kata, telinga orang tuli mendengar dan orang mati dibangkitkan.

Mukjizat yang dilakukan oleh Tuhan Yesus  tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa. Kesembuhan yang Dia berikan kepada manusia ialah kesembuhan kekal. (Kesembuhan Tubuh, Jiwa dan Roh)

Terdapat berpuluh ribu orang di luar sana mengalami kesembuhan pada hari ini daripada penyakit kanser atau apapun jenis penyakit dan kesaksian mereka sangat nyata bahawa Yesus itu adalah Tuhan yang menyembuhkan kerana Dia hidup di antara orang percaya.

Saranan  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  hal ini ialah bacalah Alkitab. Kenapa anda takut untuk membaca Alkitab? Kenapa anda takut dengan kebenaran firman Tuhan? Alkitab ialah surat cinta Allah. Apabila anda membacanya, anda pasti akan jatuh cinta untuk membacanya kali kedua kerana didalam surat cinta Allah itu terdapat perkataan yang boleh membangun hidup kita daripada berbagai-bagai masalah, rintangan dan cobaan yang seringkali melanda manusia.

Setiap orang mempunyai masalah tetapi bergantung bagaimana kita menghadapi masalah itu dan menyelesaikannya. Kadangkala kita tidak mampu untuk menyelesaikannya sebagai manusia biasa tetapi Yesus dapat melakukan semuanya untuk kita kerana Dia sangat-sangat mengasihi dan mencintai kita sepenuhnya. Berserulah kepadaNya untuk hal ini. Dia pasti tidak akan membiarkan anda keseorangan.

Yohanes 15: 7 “Jikalau kamu tinggal didalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki, dan kamu akan menerimanya.

Saya juga menyarankan anda supaya membaca surat cinta Tuhan , bermula daripada kitab Matius sehinggalah kepada Kitab Wahyu. Jika anda tergerak untuk membaca Kitab Kejadian, silakan. Kitab kejadian ialah kitab pertama yang di antara kitab-kitab yang lain.

Tuhan Yesus juga mampu mengatasi masalah rumah tangga yang dihadapi oleh orang-orang di seluruh dunia. Jaminan 100% bahawa Dia dapat lakukan kepada barangsiapa yang BERSERU dan PERCAYA kepada-NYA kerana Dia mengasihi dan mencintai kita semua.

Mengapa Tuhan Yesus masih melakukan mukjizat yang sama sehingga ke hari ini? Kerana Dia ialah Tuhan dan Dia hidup. Oleh kerana Dia hidup, maka Dia tidak akan pernah meninggalkan kita sebagai yatim piatu. Kitab Suci mencatatkan bahawa Dia mati dan dibangkitkan pada hari ketiga dari antara orang mati dan Dia diangkat ke syurga.

Yesus berpesan kepada murid-muridNya sebelum Dia diangkat ke syurga ialah bahawa mereka tidak akan keseorangan atau ditinggalkan begitu sahaja tetapi mereka akan menerima Roh Kudus dari syurga untuk bersama-sama dengan mereka semasa berada di bumi ini dan sambil memberitakan tentang kedatangan kerajaan Syurga iaitu Yesus yang akan datang ke bumi ini nanti apabila waktuNya tiba.

Kis 1: 8 “Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Kuu di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke hujung bumi”

Mengapa Yesus datang untuk ke dua kalinya selepas Dia naik ke syurga? Ini kerana kedatanganNya untuk ke dua kali ialah untuk menghakimi dunia dan menyelamatkan orang-orang yang dikasihiNya iaitu anda dan saya tetapi HARUS percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat , maka pengakuan itu akan memudahkan kita untuk masuk ke dalam kerajaanNya nanti apabila kita dibaptis.

Mengapa kita harus percaya kepada Yesus , sebagai Tuhan dan Juruselamat kita? Kerana Dia berkata didalam Yohanes 14: 6 “kata Yesus kepadanya: “Akulah jalan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa (Tuhan) , kalau tidak melalui Aku (Yesus).

Yohanes 13:13 Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah (Yesus) Guru dan Tuhan.

Yohanes 5 : 28 – 29 Janganlah kamu hairan akan hal itu, sebab saatnya akan tiba, bahawa semua orang yang didalam kuburan akan mendengar suara-Nya, dan mereka yang telah berbuat baik akan keluar dan bangkit untuk hidup yang kekal, tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.

Artikel lain: Malaikat Menghianati Tuhan

Sumber: https://www.rohkudus.net

Kongsikan artikel ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *